Page 20 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 20

18   EDISI PERTAMA
























            » MAJLIS BERBUKA PUASA


                  RAJA MUDA KEDAH BERSAMA PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH (KCS)
                  TAHUN 2024M/1445H


            ALOR SETAR – 29 MAC 2024

            Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji
            Norizan bin Khazali hadir ke Majlis Berbuka Puasa
            Raja Muda Kedah Bersama Pegawai-Pegawai
            Tadbir Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma
            Darul Aman. Duli  Yang Teramat Mulia Tengku
            Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan
            Sallehuddin,  Tuanku Raja  Muda  Kedah berkenan
            mencemar duli berangkat hadir ke majlis ini.
            Majlis dimulakan dengan berbuka puasa serta
            Solat Maghrib berjemaah. Seusai solat Maghrib
            majlis bersambung dengan jamuan utama.
            Majlis diteruskan dengan Solat Isyak serta Solat
            Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan
            sesi santapan moreh dan penyampaian cendera
            kenangan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
            mewakili Pegawai-pegawai Tadbir Negeri kepada
            Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.


            Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’
            Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Timbalan
            Setiausaha Kerajaan  Negeri (Pembangunan),
            Dato’  Haji  Mohd  Fauzi  bin  Mustaffa;  Timbalan
            Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBrs
            Dr.  Nadzman  bin  Mustaffa;  Pengarah  Tanah  dan
            Galian Negeri, Dato’ Haji Mohd. Shahadan bin
            Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama
            Islam Negeri, Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli
            bin Zainuddin.












             Buletin SUK 2024
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25