Page 25 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 25

EDISI PERTAMA    23


            »     MAJLIS KONVENSYEN


                  DAN PENYERAHAN WATIKAH MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) BAGI
                  SESI 2024-2026




            ALOR SETAR – 21 APRIL 2024

            Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji
            Norizan bin Khazali hadir ke Majlis Konvensyen
            dan Penyerahan Watikah Majlis Ketua Kampung
            (MKK) Bagi Sesi 2024-2026 bertempat  di Dewan
            Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS.
            Majlis  Ketua Kampung (MKK) di  Negeri Kedah
            telah  dilantik oleh Kerajaan  Negeri di bawah
            seliaan   Pejabat    Daerah    bagi   keperluan
            menjalankan    aktiviti-aktiviti  kemasyarakatan
            disamping     merancang,     memantau       dan
            melaporkan projek-projek pembangunan  di
            kawasan masing-masing.
            Seramai 1,240 Pengerusi dan 1,240 Setiausaha
            Majlis Ketua Kampung (MKK) termasuk 18 MKK
            Kampung Baharu diberi Penyerahan Watikah
            lantikan Tahun 2024 hingga Tahun 2026 melalui
            Pejabat Daerah masing-masing. Majlis pada
            hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar
            Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md.
            Nor.

            Hadir  sama  Ahli  Majlis  Mesyuarat  Kerajaan,  Ahli
            Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Timbalan
            Setiausaha Kerajaan  Negeri (Pembangunan),
            Dato’  Haji  Mohd  Fauzi  bin  Mustaffa,  Timbalan
            Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs Dr.
            Nadzman  bin  Mustaffa,  serta  Pegawai-Pegawai
            Daerah.
































                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30