Page 30 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 30

28   EDISI PERTAMA


            »     PUSPANITA KEDAH RUN




            ALOR SETAR - 18 MEI 2024


            Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah,  Dato’ Seri
            Haji  Norizan  bin  Khazali serta  isteri  Datin
            Seri   Norhasni  binti  Ishak  yang juga  Pengerusi
            PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah hadir
            ke PUSPANITA Kedah Run yang diadakan di
            Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.

            PUSPANITA Kedah Run merupakan   salah
            satu     acara   yang   diadakan   bersempena
            Karnival Usahawan PUSPA  SURI  02.2024  yang
            berlangsung  selama  lima  hari  bermula  15  Mei
            2024 lepas  sehingga 19 Mei 2024  di Perkarangan
            Stadium Darul Aman dan acara larian ini disertai
            lebih 800 orang peserta.

            Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia
            Tunku  Shazuddin  Ariff  Ibni  Sultan  Sallehuddin
            dan Tunku Puan Mahkota Kedah,  Duli Yang
            Amat    Mulia  Che  Puan  Nur  Julie  Ariff  perkenan
            mencemar duli berangkat hadir ke PUSPANITA
            Kedah Run ini. Tunku Mahkota Kedah serta
            Tunku Puan Mahkota Kedah turut perkenan
            menyempurnakan pelepasan peserta larian bagi
            kategori 10km dan menyertai acara larian 5km
            yang dibuat pelepasan oleh Setiausaha Kerajaan
            Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA
            Cawangan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan
            bin Khazali.

            Tunku  Mahkota  Kedah  turut  mencemar  duli
            menyampaikan hadiah kepada  pemenang
            kategori  lelaki 5km  dan 10km  manakala
            Tunku  Puan  Mahkota    Kedah menyampaikan
            hadiah pemenang kategori wanita 5km dan
            10km. Cabutan bertuah utama turut diadakan
            bersempena PUSPANITA Kedah Run yang
            disempurnakan oleh Dato’ Seri Haji Norizan serta
            Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji
            Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin.


            Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
            Kedah (Pembangunan), Dato’ Haji Mohd Fauzi
            bin  Mustaffa  dan  Timbalan  Setiausaha  Kerajaan
            Negeri Kedah (Pengurusan), YBrs  Dr Nadzman
            bin Mustaffa.













                        0
                         2
                          4
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
             Buletin
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35