Page 31 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 31

29
                                                                                                   P
                                                                                              EDISI
                                                                                                     ER
                                                                                              EDISI PERTAMA    29
                                                                                                       T
                                                                                                        AMA















            » LAWATAN KE TAPAK PROJEK

                  PEMBINAAN
                  BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL SULTANAH MALIHA



            ALOR SETAR - 20 MEI 2024

            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim
            Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
            Badlishah, Sultan Negeri Kedah dan Kebawah
            Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti
            Almarhum  Tengku  Ariff,  Sultanah  Negeri  Kedah
            perkenan berangkat melawat perkembangan
            projek pembinaan bangunan tambahan Hospital
            Sultanah Maliha, di sini, hari ini.

            Berangkat sama, Duli Yang Amat Mulia Tunku
            Shazuddin Arif Ibni Al Aminul Karim Sultan
            Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang
            Amat Mulia Che Puan Nur Julie Arif, Tunku Puan
            Mahkota Kedah.

            Keberangkatan tiba Baginda Tuanku berdua
            disambut  oleh  Yang  Berhormat  Dato’  Dr.  Haji
            Dzulkefly  bin  Ahmad,  Menteri  Kesihatan;  Yang
            Berhormat Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi,
            Menteri Kerja Raya; Yang Berbahagia Datuk
            Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua
            Pengarah Kesihatan; Yang Berhormat Dato’ Seri
            Haji  Norizan  bin Khazali,  Setiausaha Kerajaan
            Negeri Kedah; Yang Berhormat Tuan Haji Mohd.
            Yusof @ Munir bin Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat
            Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa
            Kerja Raya Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan
            yang lain.
















                                                                                                          2
                                                                                                           4
                                                                                                         0
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36