Page 29 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 29

EDISI PERTAMA    27


            »    MAJLIS MENGUCAPKAN


                 SELAMAT JALAN

                 KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA MUSIM HAJI 1445H/2024M




            ALOR SETAR – 17 MEI 2024

            Setiausaha   Kerajaan   Negeri   Kedah,   Dato’
            Seri Haji Norizan bin Khazali hadir ke Majlis
            Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah
            Haji   Malaysia  Musim    Haji  1445H/2024M.
            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim
            Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
            Badlishah Sultan Negeri Kedah, berkenan
            mencemar duli berangkat ke majlis mengucapkan
            selamat  jalan  kepada  kumpulan  bakal  haji  bagi
            penerbangan terakhir jemaah haji Negeri Kedah
            di Raia Hotel, Alor Setar.

            Seramai 142 orang bakal jemaah haji dari Negeri
            Kedah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan
            Abdul Halim,  Alor Setar ke Lapangan Terbang
            Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijadualkan
            bertolak ke tanah suci menaiki penerbangan sewa
            khas haji pada malam hari yang sama. Sultan
            Kedah  dalam titah  ucapan baginda menasihati
            kesemua para tetamu Allah yang terpilih pada
            tahun ini untuk mengekalkan tahap disiplin yang
            tinggi di samping mematuhi segala arahan dan
            saranan daripada pihak pengurusan Tabung Haji
            (TH).

            Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
            Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, YB
            Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat mewakili YAB
            Menteri Besar Kedah, Mufti Negeri Kedah, Dato’
            Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang; Ketua Hakim
            Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abdul Rahman
            bin Abdullah; Pegawai Daerah Kota Setar, Tuan Haji
            Hakim Ariff bin Mohd Nor dan Pengarah Urusan
            Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga
            Tabung Haji, Syed Hamadah bin Syed Othman.






















                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34