Page 24 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 24

22   EDISI PERTAMA

























            » MAJLIS SAMBUTAN

                  HARI RAYA AIDILFITRI
                  BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH
                  DAN KELUARGA DIRAJA BAGINDA TAHUN 2024



            ALOR SETAR – 20 APRIL 2024

            Setiausaha    Kerajaan  Negeri    Kedah,   Yang
            Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali
            serta isteri Datin Seri Norhasni binti Ishak hadir
            ke  Majlis  Sambutan  Hari  Raya  Aidilfitri  Bersama
            Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
            Sultan Kedah dan Keluarga DiRaja Baginda.

            Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha
            Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni
            Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah
            Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
            Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff perkenan
            berangkat ke Majlis ini yang diadakan di Istana
            Anak Bukit, Alor Setar. Turut berangkat hadir Raja
            Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku
            Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja
            Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che
            Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff; Tunku
            Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku
            Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku
            Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che
            Puan Nur Julie Ariff.

            Baginda Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah
            turut perkenan untuk beramah mesra bersama
            tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.
            Turut hadir Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri
            Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor serta isteri,
            Tok Puan Jusmalailani binti Jusoh serta dif-dif
            kehormat yang lain.








             Buletin SUK 2024
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29