Page 19 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 19

EDISI PERTAMA    17

























            »     MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL QURAN

                  PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024M/1445H





            ALOR SETAR – 27 MAC 2024

            Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah,  Dato’ Seri
            Haji Norizan bin Khazali hadir ke Majlis Sambutan
            Nuzul Al Quran Peringkat Negeri Kedah Darul
            Aman Tahun 2024M/1445H bertempat di
            Masjid Al Bukhary, Alor Malai, Alor Setar. Raja
            Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku
            Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim   Sultan
            Sallehuddin berkenan mencemar duli mewakili
            Sultan Kedah hadir ke majlis ini.

            Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan Tarawih
            secara berjemaah di masjid berkenaan yang
            diimamkan oleh Ustaz Mohd Fidail Zainal Abidin,
            dan diteruskan dengan ceramah khas Nuzul Al-
            Quran oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz
            Mohd Ilyas Ismail, Pendakwah Bebas.

            Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran anjuran Jabatan
            Hal  Ehwal  Agama  Islam  Negeri  Kedah  (JHEAIK)
            diadakan  bertujuan memperingati peristiwa
            turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW
            yang pada masa itu berusia 41 tahun iaitu pada
            malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan
            tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang
            beribadat di Gua Hira.

            Hadir sama Wakil Menteri Besar Kedah, YB Ustaz
            Mohd Azam bin Abd Samat; Speaker DUN Kedah,
            YB Tuan Zubir bin Ahmad, Dato’ Paduka Sheikh
            Fadzil bin Haji Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri
            Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman bin Abdullah
            dan Pengarah JHEAIK, Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @
            Zulkifli bin Zainuddin, Pegawai Tadbir Negeri dan
            Persekutuan, Penghulu serta Anak-Anak Kariah.




                                                                                              Buletin SUK 2024
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24