Page 18 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 18

16  EDISI PERTAMA



            » MAJLIS PERASMIAN


                  PROGRAM TANWIR RAMADAN
                  PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024


            ALOR SETAR – 26 MAC 2024                          Turut hadir Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka
                                                              Syeikh Fadzil bin Haji Awang; Ketua Hakim Syari’e
            Program Tanwir Ramadan anjuran Bahagian  Negeri Kedah, Dato’  Syeikh Abdul Rahman bin
            Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha  Abdullah;  Pegawai  Kewangan  Negeri  Kedah,  YB
            Kerajaan Negeri Kedah berlangsung selama  Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin;
            tiga hari mulai 26 Mac hingga 28 Mac 2024  Timbalan  Setiausaha  Kerajaan (Pembangunan),
            bertemakan “Ramadan Penghijrahan Kesucian  Dato’  Haji  Mohd  Fauzi  bin  Mustaffa;  Timbalan
            Jiwa” dengan menampilkan tiga penceramah  Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBrs
            utama iaitu Ustaz Elyas Ismail, Dato’ Ustaz Kazim  Dr.  Nadzman  Mustaffa,  Setiausaha  Bahagian
            Elias  Al-Hafiz  dan  Ustazah  Dr.  Robiah  Kulop  Pengurusan   Sumber     Manusia    merangkap
            Hamzah.                                           Pengerusi Program Tanwir Ramadan 2024, Puan
                                                              Sunita binti Abdul Aziz
            Program     ini  memberi     pencerahan     dan
            penghayatan    bersesuaian dengan maksud
            TANWIR itu sendiri bukan sahaja berbicara
            mengenai     perkara-perkara   yang   berkaitan
            dengan Ramadan malah isu-isu berkaitan
            dengan kehidupan agar tradisi pengukuhan rasa
            kecintaan terhadap ilmu dapat disemarakkan
            dengan    mengimarahkan      pengisian   aktiviti
            di  bulan  Ramadan.  Program  kerohanian  ini
            merupakan program yang dirangka  dalam
            bentuk perkongsian ilmu (knowledge sharing)
            dan pembelajaran sepanjang hayat (life long
            learning).

            Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad
            Sanusi bin Md. Nor dalam ucapan perasmiannya
            berkata   Ramadan     melalui   ibadah    puasa
            sewajarnya memberi keinsafan yang mentarbiah
            dan mengajar kita erti kesederhanaan, berjimat
            cermat dan tidak membazir serta melahirkan
            rasa prihatin untuk membantu golongan-
            golongan yang memerlukan. Selain daripada
            itu,  beliau  turut berharap dan menyeru kepada
            semua jabatan dan agensi negeri terutamanya
            Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah supaya
            dapat bersama-sama mengatur  aktiviti-aktiviti
            kerohanian  di  sepanjang bulan Ramadan di
            masjid-masjid,  seluruh  pelusuk  daerah  untuk
            mengimarahkan bulan yang penuh barokah ini.


















                         2
                          4
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
                        0
             Buletin
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23