Page 14 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 14

12  EDISI PERTAMA



            »     MAJLIS PENUTUP

                  KEJOHANAN SUKAN PENTADBIRAN NEGERI KEDAH 2024



            ALOR SETAR – 17 FEBRUARI 2024

            Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah,  Dato’ Seri
            Haji Norizan bin Khazali hadir menyempurnakan
            Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Pentadbiran
            Negeri Kedah 2024 yang diadakan di Stadium
            Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

            Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Setiausaha
            Kerajaan Negeri Kedah (KESUKEDAH) telah
            menganjurkan Kejohanan Sukan Pentadbiran
            Kerajaan  Negeri Kedah 2024 dengan jayanya di
            mana ianya merupakan penganjuran yang julung
            kali diadakan dan melibatkan 14 jabatan iaitu 12
            Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Pengarah
            Tanah  dan Galian  serta Pejabat  Setiausaha
            Kerajaan.

            Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah
            mengungguli enam acara yang dipertandingkan
            iaitu Johan dalam acara Ping Pong,  Badminton,
            Bola Jaring, E-Sport (FC24), Sepak Takraw dan
            Dart manakala Pejabat Daerah dan Tanah Baling
            memenangi E-Sport (Mobile Legends), Pejabat
            Daerah dan Tanah Kuala Muda menjadi Johan Bola
            Tampar dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar
            Baharu mengungguli acara Sepak Penalti.

            Dalam kejohanan ini, Anugerah Khas Yang
            Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
            yang dinilai oleh panel bebas iaitu Jawatankuasa
            teknikal  setiap  acara  sukan  telah menobatkan
            Pejabat  Daerah  dan  Tanah  Pendang  sebagai
            penerima anugerah tersebut yang membawa
            pulang trofi dan wang tunai RM1,000.

            Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan
            (Pembangunan), Dato’ Haji  Mohd.  Fauzi  bin
            Mustaffa;  Pengarah  Tanah  dan  Galian  Negeri
            Kedah, Dato’ Haji Mohd. Shahadan bin Abdullah;
            Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),
            YBrs Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa dan Timbalan
            Yang Dipertua KESUKEDAH, Haji Mohd Tarmizi bin
            Abdul Rani.
















                        0
                          4
                         2
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
             Buletin
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19