Page 11 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 11

EDISI PERTAMA     9



            »     MAJLIS APRESIASI AMIL

                  LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH 2023


            ALOR SETAR – 18 JANUARI 2024

            Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah,  Dato’ Seri
            Haji Norizan bin Khazali merangkap Pengerusi
            Lembaga Zakat Negeri Kedah hadir ke Majlis
            Apresiasi Amil Lembaga Zakat Negeri Kedah 2023
            bertempat di Elissa Garden Hall, Alor Setar.

            Majlis yang diadakan khas bagi menghargai
            seluruh pegawai dan kakitangan Lembaga Zakat
            Negeri Kedah di atas komitmen dan kerjasama
            yang sangat baik kepada LZNK sepanjang tahun
            2023 sehingga membawa kepada pencapaian
            yang amat membanggakan antaranya, LZNK telah
            berjaya merekodkan jumlah keseluruhan kutipan
            zakat dan lain-lain hasil sebanyak RM277 juta iaitu
            peningkatan  sebanyak  RM25  juta  berbanding
            jumlah kutipan pada tahun 2022. Selain daripada
            itu, dalam tahun 2023 juga LZNK telah berjaya
            menganjurkan satu program yang berprestij dan
            bertaraf dunia di Negeri Kedah Darul Aman iaitu
            Persidangan Antarabangsa “World Zakat and
            Waqf Forum 2023” melibatkan 22 buah negara
            dengan jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak
            951 orang.

            Dato’ Seri Haji Norizan  dalam ucapan beliau
            turut mengucapkan setinggi- tinggi tahniah dan
            terima kasih kepada semua kakitangan warga
            kerja LZNK dibawah pimpinan Dato’ Syeikh Zakaria
            bin Othman yang sering mendokong wawasan
            dan hasrat Ahli Lembaga untuk menjadikan LZNK
            sebagai  institusi  agama  yang  unggul bertaraf
            dunia.

            Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah LZNK,
            Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Dato’
            Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, Ketua Hakim
            Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abdul Rahman
            bin Abdullah, Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, YBhg.
            Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Paduka Hj Bakar bin
            Din, dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’
            Syeikh Zakaria bin Othman.


















                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16