Page 10 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 10

8   EDISI PERTAMA




            » MAJLIS PERHIMPUNAN
                  PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH




            ALOR SETAR – 8 JANUARI 2024                       untuk menggalakkan solat berjemaah Zohor dan
                                                              Asar, serta penghayatan ayat-ayat suci Al Quran
            Setiausaha    Kerajaan  Negeri    Kedah,   Yang   pada waktu pagi di pejabat-pejabat Kerajaan
            Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali  Negeri yang telah dimulakan di Wisma Darul Aman
            hadir ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam  sejak November lalu manakala pelan strategik
            Negeri Kedah Bersama Yang Amat Berhormat  pula bertujuan mengoperasikan Kedah 2035
            Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad  dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2024
            Sanusi bin Md. Nor bertempat di Wisma Darul  hingga 2028 yang menggariskan agenda-agenda
            Aman hari ini.                                    penting dalam mencapai ‘The Greater Kedah’.

            YAB Menteri Besar  Kedah  dalam ucapan beliau
            menyebut, penjawat awam memikul amanah
            masyarakat dan harus sentiasa mengingatkan diri
            dengan tanggungjawab serta balasan di akhirat
            kerana dalam melaksanakan tugas seharian, apa
            yang dilakukan adalah berhubung rapat dengan
            dosa atau pahala dengan orang lain.

            Dalam mana-mana jua sistem pentadbiran
            kerajaan, peranan penjawat awam adalah sangat
            penting dan tidak kira kedudukan, semua penjawat
            awam adalah pelaksana yang menggerakkan
            seluruh sistem operasi kerajaan menjayakan
            amanah pemerintah kepada rakyat.

            Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor
            turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
            kepada semua agensi dan staf yang terlibat dalam
            usaha membawa masuk pelaburan ke Negeri
            Kedah sepanjang tahun 2023. Untuk rekod, bagi
            tempoh Suku Ketiga Januari hingga September
            2023, Kedah berada pada kedudukan teratas
            dalam senarai pelaburan negara dengan nilai
            pelaburan sebanyak RM21 bilion ringgit. Ia adalah
            peningkatan  sebanyak  75  peratus  berbanding
            tempoh sama tahun 2022.

            Dalam majlis yang sama, YAB Menteri Besar turut
            merasmikan pelancaran Program Bulan Solat dan
            Penghayatan Al Quran serta pelancaran Pelan
            Strategik Portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
            Kerajaan Negeri Kedah 2024-2028. Program
            Bulan Solat dan Penghayatan Al Quran bertujuan
















                         2
                          4
                        0
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
             Buletin
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15