Page 15 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 15

EDISI PERTAMA    13




            » PROGRAM AMANAT
                  YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR KEDAH KEPADA PENTADBIRAN
                  TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024



            ALOR SETAR - 18 FEBRUARI 2024                     Dalam  majlis  yang sama, turut   dilancarkan
                                                              Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Kedah Darul
            Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji  Aman)  2023  dan  Resolusi  Pentadbiran Tanah
            Norizan  bin  Khazali  hadir  ke  Program  Amanat  Negeri Kedah Tahun 2024 kemudian diikuti
            Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah  oleh Penyerahan “Mock Cheque” Bayaran Cukai
            Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 yang  oleh syarikat terpilih dan majlis diakhiri dengan
            diadakan di Dewan Seri Mentaloon.                 penyampaian sijil kutipan hasil keseluruhan
                                                              tertinggi tahun 2023 kepada 3 Pentadbiran
            Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad  Tanah Daerah iaitu Daerah Yan dengan kutipan
            Sanusi bin Md. Nor dalam ucapannya berkata  keseluruhan mencecah 99.76% , Daerah Sik
            Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah  dengan 92.62%, dan Daerah Kubang Pasu
            telah  berjaya  mewujudkan  Sistem  i-UJKT bagi  memperoleh 91.73% kutipan hasil keseluruhan.
            proses Pecah Sempadan Serentak dengan Ubah
            Syarat serta Penyerahan dan Pemberimilikan
            Semula yang berjaya menyingkatkan tempoh
            proses daripada 24 bulan kepada 100 hari
            sahaja. Kejayaan ini sedikit sebanyak telah
            merubah persepsi negatif terhadap pengurusan
            pemajuan tanah di Negeri Kedah dan secara tidak
            langsung memberi imej positif kepada mana-
            mana pelabur dengan konsep “Ease Of Doing
            Business” iaitu kelulusan tanah yang cepat tanpa
            pengabaian  mana-mana  peruntukan  undang-
            undang. Untuk rekod, Pentadbiran Tanah Negeri
            Kedah telah berjaya melaksanakan kutipan hasil
            berjumlah RM356.76 juta bersamaan 72 peratus
            dari  Anggaran  Hasil  yang  ditetapkan  di  dalam
            Bajet Tahun 2023 sebanyak  RM495 juta. Jumlah
            ini telah menunjukkan peningkatan kutipan
            hasil sebanyak 1.85% bersamaan RM12.8 juta
            berbanding tahun 2022.

            Jumlah kutipan ini bukanlah satu angka yang kecil.
            Hampir 67 peratus hasil pendapatan Negeri Kedah
            disumbangkan  oleh  pentadbiran  tanah  melalui
            kutipan  cukai  tanah,  premium  pemberimilikan
            dan pembangunan tanah, ‘levi swapping’, royalti
            mineral serta bahan batuan dan bayaran fi urusan
            pendaftaran.





















                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20