Page 17 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 17

EDISI PERTAMA    15



            »     MAJLIS BERBUKA PUASA

                  BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
                  TUANKU SULTAN KEDAH TAHUN 2024


            ALOR SETAR – 16 MAC 2024

            Setiausaha    Kerajaan  Negeri    Kedah,   Yang
            Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali
            serta isteri Datin Seri Norhasni binti Ishak hadir
            ke Majlis  Berbuka Puasa  Bersama Kebawah Duli
            Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Tahun
            2024.


            Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha
            Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni
            Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah
            Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
            Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff  perkenan
            berangkat ke Majlis  Berbuka Puasa di Istana Anak
            Bukit.


            Turut berangkat hadir  Duli Yang Teramat
            Mulia  Tengku Sarafudin  Badlishah  Ibni  Sultan
            Sallehuddin, Raja Muda Kedah, Duli Yang
            Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti
            Mohamad Ariff,  Raja Puan  Muda Kedah, Duli  Yang
            Amat      Mulia  Tunku  Shazuddin  Ariff    Ibni  Sultan
            Sallehuddin,  Tunku Mahkota Kedah, dan Duli Yang
            Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan
            Mahkota Kedah.
            Majlis dimulakan dengan berbuka puasa ringkas,
            diikuti  dengan    solat  Maghrib    berjemaah    dan
            majlis santapan. Majlis seterusnya diteruskan
            dengan Solat Isyak berjemaah dan diakhiri  dengan
            Solat  Tarawih  berjemaah.  Hadir  sama  Menteri
            Besar Kedah, Dato’ Seri Haji  Muhammad Sanusi
            bin Md. Nor serta isteri, Tok Puan Jusmalailani
            binti Jusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri
            Kedah,  Ahli-ahli  Majlis  Mesyuarat  Kerajaan
            Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan
            Persekutuan, Pegawai Tadbir Negeri, Penghulu
            dan wakil pengamal media.






















                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22