Page 22 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 22

20   EDISI PERTAMA


            »     MAJLIS BERBUKA PUASA


                  YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH BERSAMA
                  PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH (KCS) TAHUN 2024M / 1445H




            ALOR SETAR - 3 APRIL 2024

            Setiausaha    Kerajaan  Negeri    Kedah,   Yang
            Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali
            serta isteri Datin Seri Norhasni binti Ishak hadir
            ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Tadbir
            Negeri Kedah (KCS) Tahun 2024M / 1445H
            bertempat di Ballroom Raia Convention Centre
            Alor Setar, Kedah Darul Aman.

            Majlis  dimulakan dengan  ucapan  aluan oleh
            Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri
            Kedah dan diteruskan dengan penyampaian
            sumbangan  aidilifitri.  Dalam  majlis  yang  sama,
            Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji  Syed
            Khairol Anuar bin Syed  Abidin turut menyerahkan
            Wakalah  Agihan  Zakat  Pejabat Kerajaan Negeri
            Kedah Darul Aman kepada PUSPANITA Cawangan
            Negeri Kedah dengan diwakili oleh Pengerusinya
            Datin  Seri Norhasni binti Ishak. Selesai penyerahan,
            majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

            Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
            (Pembangunan), Dato’ Haji Mohd Fauzi bin
            Mustaffa;  Timbalan  Setiausaha  Kerajaan  Negeri
            (Pengurusan),  YBrs  Dr.  Nadzman  bin  Mustaffa;
            Pengarah Tanah dan Galian Negeri,  Dato’ Haji
            Mohd Shahadan bin Haji Abdullah  dan Pengarah
            Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato’ Dr.
            Haji  Abd.  Ghani  @  Zulkifli  bin  Zainuddin,  Datuk
            Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Dato’ Mohd
            Yusri bin Haji Md Daud, Pegawai-pegawai Daerah,
            Yang Dipertua Pihak Berkuasa tempat serta
            Pegawai Tadbir Negeri Kedah.



























                        0
                         2
                          4
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
             Buletin
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27