Page 21 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 21

EDISI PERTAMA    19



            »     MAJLIS AGIHAN INFAQ


                  AYAM SEGAR KEPADA FAKIR DAN MISKIN SEMPENA AIDILFITRI
                   TAHUN 1445H/2024M



            ALOR SETAR – 31 MAC 2024                          Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’
                                                              Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Pegawai Daerah
            Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah,  Dato’ Seri  Pendang,  En  Nasrun  bin  Dato’  Mohd  Sheriff,
            Haji Norizan bin Khazali merangkap Pengerusi  Pegawai Agama Pendang, Syeikh Alwi bin Hj
            Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hadir  Othman, Pengurus TNB Kedah/Perlis, En Wan
            merasmikan Program Infaq Ayam Segar kepada  Ishak bin Soed, Pengurus PTPTN Kedah, En Fauzi
            Asnaf Fakir dan Miskin Sempena Hari Raya Aidilfitri  Azli bin Salleh, Akauntan KMC, En Amirul Qayyum
            bertempat di Masjid Sultanah Haminah, Pendang.    bin Jais, dan Imam Masjid Sultanah Hamimah, Haji
                                                              Bakar bin Mahmud @ Muhammad.
            Program ini merupakan salah satu inisiatif agihan
            LZNK di dalam bulan Ramadan setiap tahun sejak
            dari tahun 2021 lagi dan membantu meringankan
            beban para penerima dalam membuat persiapan
            menghadapi hari Raya Aidilfitri.

            Program ini juga membuka ruang dan peluang
            kepada semua individu mahupun syarikat
            korporat untuk turut serta menyumbang kepada
            program ini melalui portal rasmi “Asnaf Care”.
            Pada tahun ini, seramai 1,500 buah keluarga asnaf
            fakir dan miskin di semua 50 buah masjid dalam
            Daerah Pendang menerima manfaat daripada
            program Infaq Ayam Segar ini.

            Setiap masjid akan menerima lebih kurang 60 ekor
            ayam untuk diagihkan kepada 30 buah keluarga
            asnaf yang layak di kariah masing-masing. Semua
            penerima yang layak menerima sumbangan
            sebanyak dua ekor ayam segar bersaiz dalam
            anggaran 1.5 hingga 1.7 kilogram daripada LZNK
            dengan  nilai  peruntukan  keseluruhan  berjumlah
            RM 49,980.00.

            Dalam perkembangan yang sama, 3 syarikat telah
            menyerahkan Wakalah Agihan Zakat Perniagaan
            syarikat mereka untuk menjayakan lagi program
            infaq ayam segar pada  tahun ini. Syarikat
            tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB),
            Kedah Medical Centre (KMC) dan Perbadanan
            Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)
            dengan jumlah keseluruhan wakalah agihan zakat
            sebanyak RM19,500.00.
















                                                                                                         0
                                                                                                          2
                                                                                                    SUK 2
                                                                                              Buletin SUK 2024
                                                                                                           4
                                                                                              Buletin
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26