Page 34 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 34

32   EDISI PERTAMA





             »     MAJLIS PENYERAHAN

                   DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN BAITULMAL TAHUN 1445H / 2024M
                   ANJURAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


            POKOK SENA – 18 JUN 2024

            Yang  Berhormat  Dato’  Seri  Haji  Norizan  bin
            Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah hadir
            mengiringi Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat
            Mulia  Tengku Sarafudin  Badlishah  Ibni  Sultan
            Sallehuddin ke Majlis Penyerahan Daging Korban
            dan  Sumbangan  Baitulmal  Anjuran  Baitulmal
            Majlis Agama Islam Negeri Kedah ke Majlis Agama
            Islam Negeri Kedah (MAIK) di Daerah Pokok Sena.
            Sebanyak enam ekor lembu telah melalui
            proses penyembelihan dan empat daripadanya
            diserahkan   kepada    fakir  miskin  manakala
            selebihnya diberikan untuk tujuan gotong royong
            kenduri di Masjid Al Kauthar, Kampung Bukit
            Payong, Pokok Sena.

            Dalam    majlis   ini,  pihak  Baitulmal   juga
            menyampaikan sumbangan tunai RM400 beserta
            daging korban kepada 100 orang penerima dan
            turut diberikan sumbangan duit raya kepada
            kanak-kanak yang hadir di Masjid Al Kauthar ini
            di samping menyampaikan sumbangan bernilai
            RM10, 000.00 kepada Masjid Al Kauthar.

            Turut hadir, Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka
            Syeikh   Fadzil  bin  Haji  Awang,    Pengerusi
            Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi
            dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Azam bin
            Abd Samat; Setiausaha MAIK,  Dato’ Dr. Haji Abd.
            Ghani  @  Zulkifli  bin  Zainuddin,;  Pegawai  Daerah
            Pokok Sena, Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi
            dan Imam Masjid Al Kauthar, Dr. Mat Rani bin
            Manaf.


























                         2
                        0
                        0
                         2
                          4
                          4
                         2
                          4
                   SUK 2
             Buletin SUK 2024
                   SUK 2
                        0
                   SUK 2
             Buletin
             Buletin
             Buletin
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39