Page 32 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 32

30   EDISI PERTAMA



            » MAJLIS PENGISYTIHARAN

                  “ZERO WASTE TO THE LANDFILL” LANGKAWI



            ALOR SETAR - 22 MEI 2024

            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim
            Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
            Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan
            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha
            binti  Almarhum  Tengku  Ariff,  Sultanah  Negeri
            Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis
            Pengisyhtiharan  “Zero  Waste  To  The  Landfill”  di
            Hotel Datai Langkawi, di sini, hari ini.

            Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku
            Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan
            Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah; Duli Yang
            Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti
            Mohamad  Ariff,  Tuanku  Raja  Puan  Muda  Kedah;
            Duli  Yang  Amat  Mulia  Tengku  Shazuddin  Ariff
            Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku
            Mahkota  Kedah  dan  Duli  Yang  Amat  Mulia  Che
            Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah.

            Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut
            oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan
            bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
            dan  isteri,  Datin  Seri Norhasni  binti  Ishak;  Yang
            Berbahagia Dato’ Feisal bin Zahir, Pengarah
            Urusan Khazanah Nasional Berhad dan Yang
            Berusaha Puan Stephanie Saw Ai Lin, Pengarah
            Urusan  Kumpulan  &  Ketua  Pegawai  Eksekutif
            Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. (DRH)
            serta dif-dif kenamaan yang lain.

            Majlis dimulakan dengan sembah taklimat dan
            pembentangan projek oleh Encik Irshad bin
            Mobarak, Ketua Penasihat The Datai Pledge; Encik
            Zakwan bin Zamri dan Encik Megat bin Zainuddin.
            Baginda Tuanku turut perkenan bercemar duli
            menandatangani plak perasmian dan seterusnya
            melawat reruai pameran sebelum berangkat
            pulang.






















                        0
                         2
                   SUK 2
             Buletin SUK 2024
                          4
             Buletin
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37