Page 4 - Buletin SUK Edisi Pertama Tahun 2024 PSUK Kedah
P. 4

2 2  EDISI  P ER T AMA
            EDISI PERTAMA





















             » ISTIADAT MENYEMBAH TAHNIAH

                   DAN PENGANUGERAHAN
                   DARJAH-DARJAH SERTA BINTANG-BINTANG KEBESARAN SEMPENA
                   SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG
                   MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE-82


            ALOR SETAR – 30 JUN 2024                          Disusuli oleh  Panglima  Angkatan Tentera
                                                              Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab
            Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji  Rahman  yang  menerima  Darjah  Dato’  Seri  Setia
            Norizan bin Khazali dan isteri, Datin Seri Norhasni  Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati
            binti Ishak hadir mengiringi Kebawah Duli Yang  (S.S.P.K.) membawa gelaran Dato’ Seri Pahlawan.
            Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
            Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri
            Kedah Darul Aman  dan Kebawah Duli Yang
            Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum
            Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
            berangkat ke Istiadat Menyembah Tahniah dan
            Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-
            bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang
            Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
            Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang
            Ke-82 di Istana Anak Bukit.

            Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia
            Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul
            Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah
            bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan
            Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja
            Puan Muda Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku
            Shazuddin  Ariff  Ibni  Al  Aminul  Karim  Sultan
            Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang
            Amat  Mulia  Che  Puan  Nur  Julie  Ariff,  Tunku
            Puan Mahkota Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku
            Bendahara Kedah, dan Yang Teramat Mulia Tunku
            Temenggong Kedah.

            Dalam istiadat ini, Perdana  Menteri Malaysia, Dato’
            Seri Anwar Ibrahim mengetuai penerima Darjah
            serta Bintang Kebesaran iaitu Darjah Seri Setia
            Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati
            (S.S.S.K.) membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.





             Buletin SUK 2024
   1   2   3   4   5   6   7   8   9