nadiah[at]kedah[dot]gov[dot]my
Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2000 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini telah digantikan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 dan mula berkuatkuasa pada 12 Oktober 2004. Pekeliling yang baru ini bermatlamat memperkemaskan lagi peranan Unit Audit Dalam di mana ianya menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku Ketua Eksekutif dan Kementerian Kewangan.
Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab secara terus kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di mana segala perancangan dan pelaporan auditan yang direncanakan mestilah dilapor dan dilluluskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Hubungi:
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan(Unit Audit Dalam), Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel. : 04-702 7000
Fax : 04-702 8300
Emel : uad[@]kedah[dot]gov[dot]my
Berusaha Menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Sebagai Perkhidmatan Yang Efisyen & Berdaya Saing Di Dalam Aspek Pengurusan
Memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa mencerminkan imej yang positif serta menyelaras dan memantau sistem pengurusan komunikasi yang efektif dan berkesan
Memastikan semua peraturan yang berkaitan dengan Kewangan, perakaunan, pengurusan dan kawalan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dipatuhi sejajar dengan Arahan Perbendaharaan, Arahan Perkhidmatan, Pekelilimg Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman serta bertekad menghindari daripada berlakunya perkara-perkara yang di luar batasan undang-undang serta ketetapan-ketetapan yang ditentukan oleh kerajaan
1.Memastikan Dasar-Dasar, Undang-Undang Dan Semua Peraturan Yang Telah Ditetapkan, Dipatuhi Dengan Sempurna.
2.Mengkaji Dan Menilai Ketetapan Maklumat Agensi Jabatan Secara Teratur Dari Segi Kesempurnaan, Kecekapan, Keberkesanan Dan Berkonomik.
3.Mengkaji Dan Menilai Kemampuan Serta Kecekapan Sistem Kewangan, Kaedah Pengurusan Dan Kawalan Dalaman Agensi / Jabatan.
4.Mengemukakan Cadangan Dan Nasihat Bagi Penambahbaikan Dan Mempertingkatkan Daya Saing Operasi Agensi / Jabatan Kearah Kesempurnaan.
5.Menyediakan Laporan Audit Yang Berkualiti, Bebas, Seimbang Dan Tepat Pada Masanya Untuk Dikemukakan Kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
6.Memberi Maklumat Kepada Stakeholders Bagi Membantu Mereka Mengkaji Dan Memperbaiki Dasar Umum Kewangan Negeri.