
MB KEDAH RAI HAMPIR 450 PENGETUA, MUDIR SEKOLAH AGAMA DAN NGO NEGERI KEDAH
ALOR SETAR (19 Mac 2025) – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Kedah bersama Pengetua, Mudir Sekolah Agama dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Kerajaan Negeri Kedah menyantuni hampir 450 tetamu yang berlatarbelakang pendidikan agama dari seluruh negeri Kedah dan beriltizam menjadikan negeri Kedah yang bukan sahaja terkenal dengan Negeri Jelapang Padi, malah bakal dikenali sebagai sebuah Negeri Jelapang Ilmu Islam.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr Syeikh Fadzil Awang dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Syeikh Azhari Mohamad.
Majlis turut diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak serta Solat Terawih berjemaah di Dewan Seri Mentaloon.
Sumber Berita : Warta Kedah
Comments are closed