SESI PENYERAHAN AGIHAN LEBIHAN HASIL DAN BANTUAN BENCANA LSANK KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (30 Oktober 2024) – Satu majlis ringkas penyerahan agihan lebihan hasil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebanyak RM5 juta diserahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selaku Pengerusi LSANK kepada Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2024.

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis penyerahan sumbangan bantuan oleh pihak LSANK kepada mangsa banjir yang terjejas dengan pemberian Bantuan Khas sebanyak RM1,000 secara sekali gus “one off” kepada Ketua Isi Rumah (KIR) bermula 17 September lalu dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Sumbangan diserahkan oleh Pengarah LSANK, Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa kepada Kerajaan Negeri Kedah diwakili Menteri Besar Kedah. Kerajaan Negeri berharap dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan mangsa-mangsa bencana yang terkesan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali.

Sumber Berita : Warta Kedah