YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI NORIZAN BIN KHAZALI
SSDK., DSDK., AMK., BCK.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
BIODATA
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
KEDAH DARUL AMAN
Anak kepada pasangan Allayarham Khazali bin Hamid dan Puan Hajah Sofiah binti Baharom ini dilahirkan pada 21 November 1966 di Pendang, Kedah Darul Aman. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendang, pada tahun 1973. Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Malaya pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda B.A(Hons) dengan Kepujian pada tahun 1990. Seterusnya, pada tahun 2006, beliau telah meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dan berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains M.Sc(L.A.D) Pentadbiran dan Pembangunan Tanah pada tahun 2008.
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali telah bertemu jodoh dengan Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak dan perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada tahun 2000. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki Nur Izzat Hamizan, Nur Isyraf Hamizan dan seorang perempuan iaitu Nur Aisyah Fatima.
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 1 Disember 1991 di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran tanah iaitu selama 17 tahun. Diantara jawatan yang disandang beliau semasa di pentadbiran tanah adalah Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Padang Terap, Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Langkawi, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pendang dan Pentadbir Tanah Daerah Baling. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman dalam pentadbiran daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kulim, memangku Pegawai Daerah Pendang, Pegawai Daerah Pokok Sena dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Pengalaman Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali tidak terhad dalam pentadbiran daerah, tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja tetapi juga dalam pembangunan ekonomi negeri. Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri pada tahun 2013 sehingga tahun 2015 dan memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) pada tahun 2019 sehingga tahun 2022. Semasa bertugas di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) beliau telah bertanggungjawab dalam merangka Pelan Transfomasi Pembangunan Negeri Kedah pada tahun 2013, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan bersama-sama dengan Northern Corridor Implementation Authorithy (NCIA) merangka pembangunan Kedah Rubber City, The Bukit Kayu Hitam Special Boarder Economic Zone (SBEZ), Kedah Aerotropolis, Kedah Science Technology Park (KSTP) dan Northern Corridor Highway (NCH).
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali juga menganggotai beberapa anak syarikat kerajaan negeri, badan berkanun serta agensi bukan kerajaan sebagai ahli lembaga pengarah antaranya Northern Corridor Implementation Authorithy (NCIA), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Stadium Negeri Kedah, Invest Kedah Berhad, Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, State Secretary Kedah (SSK) dan Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah.
Sebagai pemantapan dalam kerjaya, beliau telah dihantar untuk menghadiri beberapa latihan dan mewakili Kerajaan Negeri Kedah sebagai delegasi di luar negara antaranya Korea-Malaysia Youth Exchange Programme pada tahun 1997 di Korea Selatan, National Blue Ocean Strategy Programme di PWTC Kuala Lumpur pada tahun 2013, Program A High Organizational Culture di National Graduate Insititute for Policy Studies (GRIPS) di Jepun pada tahun 2017 dan mewakili Kerajaan Negeri Kedah di The Belt and Road CEO Conference di Beijing, China pada tahun 2019. Kecemerlangan Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam juga terbukti apabila beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996, 2008 dan 2020.
Di atas sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam, masyarakat serta negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada tahun 2002 dan Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 2010. Pada tahun 2019 beliau telah dianugerahkan Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-77. Pada tahun 2023, beliau turut dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Mengungguli Dan Mempelopori Budaya Kerja Berkualiti
Memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa mencerminkan imej yang positif serta menyelaras dan memantau sistem pengurusan komunikasi yang efektif dan berkesan
YBHG. DATO’ HAJI MOHD. FAUZI BIN MUSTAFFA,
DSSS., AMK., BCK.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
ENCIK JUNAIDI BIN ABDUL RANI @ ABDUL GHANI,
AMK., BCK.
Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah
Menggerakkan Agenda Pembangunan Dan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Dengan Cekap dan Berkesan Demi Pembangunan Negeri dan Kesejahteraan Rakyat.
Menjadi salah satu Perkhidmatan Awam Negeri terbaik di Malaysia menjelang Tahun 2019
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan mengikut keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 6 Ogos 1973. Bertindak sebagai jabatan yang membuat perancangan, penyelarasan dan pemantauan ke atas semua program pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Negeri Kedah Darul Aman.
Perkhidmatan Terbaik Teras Kesejahteraan Rakyat
Dato’ Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa,
DSDK., SDK., AMK., BCK.
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (PENGURUSAN)
Ketua Pegawai Digital Negeri Kedah (CDO) / Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian yang terdapat di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Merujuk kepada kelulusan waran Perjawatan, Surat Kelulusan Perjawatan [B (31.00) 202/1/2 – Jilid.12 (62) bertarikh 13 Januari 2009, Cawangan Am Pentadbiran telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Kewangan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Pentadbiran dan Pengurusan Bangunan dan Aset. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan) dan dibantu Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Bahagian ini meliputi empat seksyen iaitu:-
¨ Seksyen Pentadbiran Am
¨ Seksyen Kewangan
¨ Seksyen Pengurusan Majlis & Protokol
¨ Seksyen Pengurusan Bangunan & Aset
Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Hubungi:
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 2, Blok B
Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7000
Fax : 04-702 7300
Emel : am[at]kedah.gov.m
Ke Arah Menjadi Sebuah Organisasi Terunggul Yang Berteraskan Integriti, Akauntabiliti Dan Profesionalisme Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Mewujudkan Dan Mengamalkan Kecemerlangan Kerja Berteraskan Ciri-Ciri Kakitangan Yang Berpengetahuan Dan Berdaya Saing, Celik IT, Berdisiplin Dan Komited Dalam Menjalankan Tugas Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Negeri.
Memberikan Perkhidmatan Urusan Pentadbiran Dan Penyelarasan Yang Berkualiti Kepada Pelanggan Dan ‘Stakeholders’ Dengan Memastikan Pengurusan Yang Cekap, Sistematik Dan Efisyen Mengikut Dasar, Perundangan, Peraturan Dan Garis Panduan Semasa
1. Merupakan Jabatan Yang Terutama Dan Tonggak Dalam Pentadbiran Kerajaan Dan Pembangunan Negeri Kedah.
2. Pentadbiran Utama Dalam Urusan Berkaitan Dengan Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Majlis Dan Protokol, Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Majlis Sukan.
3. Merancang Melaksana Dan Mengawasi Semua Urusan Pentadbiran Yang Merupakan Perkara-Perkara Dasar Dan Tertinggi Untuk Dilaksanakn Di Peringkat Negeri, Daerah Dan Jabatan,
4. Merancang Dan Mengurus Pembangunan Sumber Manusia Terutama Perkhidmatan Awam Negeri.
PUAN SUNITA BINTI ABDUL AZIZ,
AMK., BCK.
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Memangku)
Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah sebuah organisasi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian Sumber Manusia komited dalam merealisasikan visi dan misi kerajaan dan juga memberi fokus kepada menyediakan sumber manusia sektor awam kerajaan negeri yang berprestasi tinggi, berintigriti dan mempunyai pengetahuan yang luas bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Untuk mencapai matlamat ini, Bahagian sumber manusia bergerak secara aktif dalam perancangan pentadbiran sumber manusia. Penghasilan idea-idea baru dan penambahan nilai sumber manusia amat ditekankan bagi anggota.
Melalui tenaga kerja yang digerakkan secara intensif di setiap cawangan Bahagian Sumber Manusia yakin dengan pembaharuan dan peningkatan dalam pentadbiran yang sedang, telah serta akan dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri mencapai matlamatnya dengan berkesan.
Hubungi:
Setiausaha Bahagian
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman.
Tel : 04 – 702 7000
Fax : 04 – 702 7700
Emel : bpsm[at]kedah.gov.my
Menjadi Sebuah Perkhidmatan Awam Yang Terbaik, Cemerlang Dan Berinspirasi Ke Arah Memakmurkan Negeri Kedah Menjelang 2023
Menggerakkan Agenda Transformasi Melalui Pentadbiran Yang Inovatif Dan Produktif Demi Kemakmuran Rakyat
SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (SPPNK)
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sejak dahulu lagi mengambil berat tentang kebajikan penuntut-penuntut sama ada di Sekolah-sekolah atau di Pusat Pengajian Tinggi. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (Enakmen Undang – Undang No. 6 Tahun 1958 (pindaan 1968) dan ia dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah adalah bertanggungjawab menguruskan bantuan kewangan kepada penuntut-penuntut setiap tahun.
Alamat :
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri kedah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Aras 2, Blok C, Wima Darul Aman
05503 Alor Setar
No Tel : 04-7027284 / 7286
No Fax : 04-7028600
Email : sppnk@kedah.gov.my
Website: sppnk.kedah.gov.my
Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan
LATAR BELAKANG KERAJAAN TEMPATAN
Malaysia telah mengamalkan sistem kerajaan yang terbentuk di tiga peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Sistem Kerajaan Tempatan merupakan satu jentera pentadbiran dan pengurusan pembangunan yang penting di peringkat akar umbi iaitu satu peringkat yang paling rapat dengan Kerajaan.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi takrifan mengenai Kerajaan Tempatan dengan menyatakan bahawa Kerajaan Tempatan ini adalah sebagai ‘a political subdivision of a nation or a state (in a federal system) which is constituted by law and substantial control of local affairs, including the power of impose taxes or exact labour for prescribed purposes. The governing body such an entity is elected or one world locally selected.’
Kerajaan Tempatan adalah pembahagian geografi yang tidak tertakluk kepada kedaulatan pemerintahan Agong atau Sultan dalam sesebuah negara yang berdaulat atau separuh berdaulat melaksanakan kuasa pemerintah dalam sesebuah kawasan tertentu. Kebanyakannya mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang yang bermakna ianya boleh didakwa dan mendakwa serta boleh melibatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak.
Oleh kerana Kerajaan Tempatan dianggap sebagai alat demokrasi di peringkat akar umbi yang berkesan, Laporan Suruhanjaya Penyiasat DiRaja telah menggariskan beberapa konsep Kerajaan Tempatan. Antaranya adalah: Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh sesebuah kerajaan yang tertinggi sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.Kerajaan Tempatan adalah bertaraf lebih rendah daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan tertakluk di bawah kawalan kerajaan yang tertinggi daripadanya.Kerajaan Tempatan mempunyai Ahli-Ahli Majlis sama ada secara terpilih atau dilantik. Kerajaan Tempatan merupakan badan yang berasingan dari kerajaan yang tertinggi yang mempunyai kuasa untuk mendakwa, didakwa serta boleh membuat kontrak dan memiliki harta. Mempunyai kuasa dalam kawasan tertentu dan berkemampuan memberi kemudahan serta perkhidmatan di dalam kawasan tersebut.
Pejabat Setiausaha Kerajaan merupakan salah sebuah badan kerajaan yang telah ditubuhkan sejurus selepas kemerdekaan Malaysia. Tanggungjawabnya adalah tertakluk dalam hal-hal pentadbiran negeri termasuklah dalam membuat keputusan-keputusan penting dan mengawasi perjalanan pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Badan ini bernaung di bawah kuasa Y.A.B. Menteri Besar dan pentadbiran eksekutif dibuat oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah salah satu bahagian di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Dalam Perlembagaan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dari segi perundangan, ia adalah tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan. Bahagian Kerajaan Tempatan adalah sebagai urusetia dan penghubung di peringkat negeri bagi menyelaras segala dasar peraturan dan perkara-perkara yang diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Di antara bidang kuasa dan tanggungjawab Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman termasuklah mengawal serta menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan, pentadbiran undang-undang kewangan dan mengumpul pelbagai maklumat berhubung Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Kedah Darul Aman. Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman dinaungi oleh YBhg. Dato’ Haji Norizan Bin Khazali,DSDK., AMK., BCK. sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman dan diketuai oleh Encik Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, AMK., BCK., BKM. sebagai Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan). Beliau dibantu oleh 20 orang kakitangan sokongan yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas di semua 3 unit yang berfungsi di Bahagian Kerajaan Tempatan iaitu Unit Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan, Unit Dasar dan Keurusetiaan, dan Unit Inspektorat PBT.
Menjadi Sebuah Agensi Penyelarasan Dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Yang Unggul Di Malaysia
Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Ke Arah Memberi Perkhidmatan Perbandaran Terbaik Kepada Pelanggan
1.Menyediakan pengkalan data hal ehwal Kerajaan Tempatan
2.Menyediakan Rancangan 5 tahun (2006-2010) dan Perancangan Tahunan PBT.
3.Membuat Penilaian semula ke atas program dan aktiviti bagi memantapkan struktur PBT.
4.Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan PBT meliputi anggaran belanjawan hasil-hasil Kerajaan.
5.Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap warga PBT melalui program-progran latihan.
6.Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Delivery System dengan menyeragamkan proses/prosedur kerja dan Pelaksanaan MS ISO 9000
7.Meningkatkan sistem teknologi maklumat di semua PBT.
PUAN SHARHIDA NAZUHA BINTI SAAD,
AMK., BCK.
Setiausaha Bahagian Perumahan
LATAR BELAKANG
Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan diletakkan di bawah pentadbiran Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan/Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).
Bahagian ini memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah ke arah mencapai kesejahteraan penduduk di Negeri Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan sentiasa berusaha agar pembangunan perumahan dapat dimanfaatkan oleh sekelian golongan rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah supaya memiliki rumah sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa.
Dalam melaksanakan usaha murni ini, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sentiasa dalam usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian kepada pelanggan bagi meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pijak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Hubungi:
Setiausaha Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7330
Fax : 04-702 7500
Emel : perumahan[at]kedah.gov.my
Menjadi Sebuah Agensi Pengurusan Perumahan Yang Diyakini Rakyat Menjelang Tahun 2015
Menyediakan sistem penawaran dan pengurusan rumah kos rendah awam serta pemantauan rumah kos rendah swasta kepada pelanggan secara lebih cekap, ringkas dan berkesan.
Menyelaras Skim Perumahan Awam Sedia Ada Dengan Lebih Teratur Dan Mendidik Pelanggan Supaya Bertanggungjawab Memahami Sistem Permohonan, Penawaran Dan Penyelarasan Perumahan Awam Di Negeri Kedah Darul Aman.
Merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah.
Memastikan projek-projek skim perumahan RPA/PPR yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman disiapkan dengan sempurna.
Mengenalpasti pemohon-pemohon skim perumahan RPA/PPR yang berkelayakan untuk ditawarkan rumah di bawah Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer (SPTK).
Menyelenggara dan mentadbir skim perumahan RPA/PPR dengan baik untuk menjamin kemudahan dan kesempurnaan hidup penghuni-penghuni.
Mengutip hasil iaitu bayaran sewa ansura bulanan daripada penghuni-penghuni dengan sempurna dan teratur setiap bulan.
Mewujudkan sikap dan amalan yang baik seperti bersatupadu dan bertanggungjawab di kalangan penghuni-penghuni di skim perumahan RPA/PPR berkenaan.
PUAN BALKHIS BINTI ABU BAKAR
AMK., BCK.
Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pada awalnya aktiviti pengkomputeran Kerajaan Negeri Kedah diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN). Unit ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan). Satu seksyen IT dengan perjawatan kontrak iaitu dua (2) orang Juruanalisa Sistem dan dua (2) orang Pengaturcara telah diadakan. Seksyen ini diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan program IT di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Pada tahun 1997, dengan perkembangan dan permintaan aktiviti pengkomputeran di peringkat jabatan yang bertambah, Kerajaan Negeri telah meluluskan supaya satu jabatan iaitu Pusat Komputer Negeri diwujudkan bagi memantau dan menguruskan projek/program ICT Kerajaan Negeri secara menyeluruh.
Pentabiran Pusat Komputer Negeri selaku jabatan baru di bawah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) telah mula secara rasminya 12 Disember 1997. Ianya ditempatkan di Aras 1, Blok C, Wisma Darul Aman.
Proses pengambilan perjawatan tetap dijalankan secara berperingkat dan selesai sepenuhnya pada April 1998 dengan 16 perjawatan yang diluluskan. Bagi tujuan menyokong operasi pentadbiran perjawatan sokongan iaitu Pembantu Am Rendah (N1) dan Pemandu (R3) telah disediakan melalui perjawatan gunasama Bahagian Pentadbiran Am Dan Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Dengan itu menjadikan perjawatan keseluruhannya ialah 18 orang.
Pada tahun 2000, Pusat Komputer Negeri telah dinamakan semula dengan Pusat Teknologi Maklumat Negeri atau singkatannya ialah PTMK. Ianya diselaraskan mengikut penamaan organisasi ICT di peringkat Negeri dan Kementerian di Jabatan Persekutuan. PTMK kini berperanan sebagai organisasi utama yang bertanggungjawab mengurus dan merancang projek/program pembangunan Teknologi Maklumat dan Infrastruktur Komunikasi Jabatan Kerajaan Negeri Kedah.
Pada tahun 2009, berlaku proses kenaikan pangkat di kalangan 4 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) iaitu dari gred F29 menjadi gred F32. Hanya 2 PPTM gred F32 yang dikekalkan dalam PTMK dan 2 lagi telah ditukarkan ke jabatan lain.
Pada tahun 2010, 4 perjawatan baru diperolehi oleh PTMK iaitu untuk perjawatan sokongan, yang terdiri dari 2 orang Juruteknik (FT17), seorang pembantu tadbir (N17) tetap dan seorang pembantu tadbir (N17) sementara . Dalam tahun ini juga perjawatan OMPD (F11) telah dijumudkan dan ditukarkan ke perjawatan Pembantu Tadbir N17. Bermula 1 Mac 2011 semua OMPD telah ditukarkan ke jabatan lain memandangkan tiada perjawatan N17 di PTMK. Dalam masa yang sama 1 perjawatan baru diterima iaitu seorang Ketua Pembantu Tadbir (N22). Jumlah keseluruhan perjawatan telah menjadi 15 orang.
Pada 16 Ogos 2011, kekosongan jawatan PPTM (F29) telah diisi. Seramai 4 orang pegawai baru telah mendaftarkan diri dan ini menjadikan bilangan staf keseluruhan di PTMK adalah seramai 19 orang.
Hubungi:
Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Kedah
Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7070
Fax : 04-702 7800
Email : ptmk[at]kedah.gov.my
Menjadi Sebuah Agensi Pengurusan ICT Sektor Awam Yang Terbaik Menjelang 2020
Merancang, Mengurus Dan Membangun ICT Bagi Meningkatkan Kecekapan Operasi Pentadbiran Jabatan Kerajaan Negeri Demi Kemajuan Negeri Dan Kesejahteraan Rakyat.
Membantu mendapatkan maklumat dalam usaha memodenisasi keseluruhan fungsi-fungsi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui penggunaan teknologi berasas kepada komputer
Mewujudkan sistem maklumat bersepadu dengan keadaan penyalurannya secara berkesan
Membantu dalam pengwujudan dan pungutan hasil Kerajaan Negeri dan proses-proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan di peringkat negeri
Membantu dengan memberi Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang sesuai dan mencukupi umtuk memastikan perkembangan ICT secara kesinambungan dan untuk menjadikan Negeri Kedah Darul Aman dalam persaingan dalam industri-industri ICT
ENCIK MOHD SHAHRIZAL BIN YUSOF,
AMK., BCK.
Ketua Unit Audit Dalam (Memangku)
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2000 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini telah digantikan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 dan mula berkuatkuasa pada 12 Oktober 2004. Pekeliling yang baru ini bermatlamat memperkemaskan lagi peranan Unit Audit Dalam di mana ianya menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku Ketua Eksekutif dan Kementerian Kewangan.
Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab secara terus kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di mana segala perancangan dan pelaporan auditan yang direncanakan mestilah dilapor dan dilluluskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Hubungi:
Unit Audit Dalam
Pejabat Setiausaha Kerajaan(Unit Audit Dalam)
Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel. : 04-702 7000
Fax : 04-702 8300
Emel : uad[@]kedah[dot]gov[dot]my
Berusaha Menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Sebagai Perkhidmatan Yang Efisyen & Berdaya Saing Di Dalam Aspek Pengurusan
Memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa mencerminkan imej yang positif serta menyelaras dan memantau sistem pengurusan komunikasi yang efektif dan berkesan
Memastikan semua peraturan yang berkaitan dengan Kewangan, perakaunan, pengurusan dan kawalan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dipatuhi sejajar dengan Arahan Perbendaharaan, Arahan Perkhidmatan, Pekelilimg Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman serta bertekad menghindari daripada berlakunya perkara-perkara yang di luar batasan undang-undang serta ketetapan-ketetapan yang ditentukan oleh kerajaan
1.Memastikan Dasar-Dasar, Undang-Undang Dan Semua Peraturan Yang Telah Ditetapkan, Dipatuhi Dengan Sempurna.
2.Mengkaji Dan Menilai Ketetapan Maklumat Agensi Jabatan Secara Teratur Dari Segi Kesempurnaan, Kecekapan, Keberkesanan Dan Berkonomik.
3.Mengkaji Dan Menilai Kemampuan Serta Kecekapan Sistem Kewangan, Kaedah Pengurusan Dan Kawalan Dalaman Agensi / Jabatan.
4.Mengemukakan Cadangan Dan Nasihat Bagi Penambahbaikan Dan Mempertingkatkan Daya Saing Operasi Agensi / Jabatan Kearah Kesempurnaan.
5.Menyediakan Laporan Audit Yang Berkualiti, Bebas, Seimbang Dan Tepat Pada Masanya Untuk Dikemukakan Kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
6.Memberi Maklumat Kepada Stakeholders Bagi Membantu Mereka Mengkaji Dan Memperbaiki Dasar Umum Kewangan Negeri.
ENCIK ZULZURAIDY BIN OTHMAN,
AMK., BCK.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah
LATAR BELAKANG
Sukan merupakan suatu aspek penting dalam mewujudkan suasana hidup yang harmoni, cergas dan cerdas. Sukan bukan sahaja menjamin kesihatan, malah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di antara ahli pasukan. Selain itu, sukan juga merupakan suatu arena yang mampu meningkatkan imej negara.
Justeru itu, kerajaan telah memberi pengiktirafan terhadap kepentingan sukan di dalam mewujudkan satu masyarakat yang mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu, ianya telah mendorong kepada penubuhan Majlis Sukan Negeri. Majlis Sukan Negeri merupakan satu organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi peringkat negeri. Ia merupakan sebuah organisasi kerajaan yang berperanan utama sebagai perancang menyelaras dan mengawalselia semua aktiviti serta pembangunan sukan di negeri masing-masing.
Selaras dengan penubuhan Majlis Sukan Negara, satu usaha kolektif telah di ambil dengan menubuhkan Majlis Sukan Negeri yang mana ia bertujuan untuk meningkatkan dan memajukan sukan di Negeri-Negeri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Sukan Negeri yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
SEJARAH PENUBUHAN MSN (K) Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah) ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 Akta 29. daripada segi pentadbiran, MSN Kedah terletak di bawah pengawasan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Menjadi Organisasi Peneraju Pengurusan Dan Pembangunan Sukan di Malaysia.
Menjadi Organisasi Peneraju Pengurusan Dan Pembangunan Sukan di Malaysia.
ENCIK AMRUL HIDAYAT BIN SHAHBUDIN
BCK.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Komunikasi Korporat)
Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 01 Januari 2009 melalui Surat Kelulusan Perjawatan Penstrukturan Semula Organisasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bil. 5 Tahun 2009 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Waran Perjawatan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan B.04 bilangan 01/2016 telah dikeluarkan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman melalui surat yang bertarikh 01 Januari 2016 untuk pengisian perjawatan yang terdiri daripada :
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (PTN) (Gred N48) – 1 jawatan
Penolong Setiausaha Kerajaan (PTN) (Gred N41/N44) – 2 jawatan
Penolong Pegawai Tadbir (Gred N32) – 1 jawatan
Pembantu Tadbir P/O (N26) – 1 jawatan
Pembantu Tadbir P/O (N17/N22) – 7 jawatan
Pegawai Khidmat Pelanggan (N17/N22) – 4 jawatan
Pembantu Operasi (N11/N14) – 1 jawatan
Sehingga kini, perjawatan di Bahagian Komunikasi Korporat telah dibuat pengisian sepenuhnya dan bergerak secara optimum dalam melaksanakan fungsi Bahagian Komunikasi Korporat. Bahagian Komunikasi Korporat merupakan salah satu bahagian dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan BKK diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Komunikasi Korporat) iaitu Encik Amrul Hidayat Bin Shahbudin. Antara fungsi Bahagian Komunikasi Korporat ialah :
– Pengurusan Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah.
– Pengurusan Lawatan Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Komunikasi dan Media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Pemodenan Tadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Perhubungan Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Selain dari itu juga Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Komunikasi Korporat) juga bertindak selaku Setiausaha kepada State Secretary, Kedah (Incorporation) selaras dengan arahan amanah State Secretary, Kedah (Incorporation).
Alamat:
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7000
Fax : 04-702 8400
Emel : korporatsuk[at] kedah.gov.my
Mengungguli Dan Mempelopori Budaya Kerja Berkualiti
Memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa mencerminkan imej yang positif serta menyelaras dan memantau sistem pengurusan komunikasi yang efektif dan berkesan
Menaikkan imej Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan penerapan nilai-nilai budaya kerja, etika sosial dan komunikasi yang efisien serta dedikasi ke arah pentadbiran yang cemerlang.
Fungsi utama Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah terdiri daripada :
i. Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah Darul Aman (BPA)
ii. Pengurusan Akaun Amanah State Secretary Incorporated (SSI)
iii. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
iv. Pengurusan Lawatan Rasmi
v. Pengurusan Komunikasi dan Media
Pengarah JITU
Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah rasuah di kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan sejak sedekad lalu. Antaranya menjadikan rasuah sebagai salah satu daripada bidang penting yang ditekankan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA Berkaitan Rasuah.
Ke arah ini, kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam.Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Hubungi:
Pengarah
Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus (JITU)
Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7000
Faks : 04-702 8200
Peneraju Pembudayaan Integriti dan Tadbir Urus Terbaik Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman.
Menerapkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman Dengan Budaya Kerja Berintegriti dan Amalan Tadbir Urus Terbaik Kearah Keberhasilan yang Optimum dan Mencapai Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang Cemerlang.
Memastikan tadbir urus organisasi yang terbaik dilaksanakan;
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam organisasi melalui pendedahan atau maklumat awal bagi mengurangkan kes-kes salahlaku di kalangan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman;
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
Memastikan pematuhan ke atas peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;
Mengemukakan / melaporkan hasil siasatan / penemuan daripada aduan / maklumat yang melibatkan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi kepada Urusetia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman untuk tindakan selanjutnya.
FUNGSI STRATEGIK
Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif :
Penginstitusian integriti.
Pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku.
Tindakan punitif dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum
FUNGSI TERAS
Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (06) Fungsi Teras seperti berikut:
Pengukuhan Integriti.
Pengurusan Aduan.
Tadbir Urus.
Pematuhan.
Pengesanan dan Pengesahan.
Tindakan Punitif dan Kajian.
Bersama Mengembeling Usaha Dalam Memacu Transformasi Kedah Untuk Menjadikan Negeri Tercinta Sebagai Sebuah Negeri Yang Aman, Makmur Dan Memajukan Rakyat Dalam Semua Bidang
Mengamalkan Pengurusan Yang Cekap, Cepat Dan Penuh Beramanah Serta Mesra Rakyat Demi Kemakmuran Negeri
Menjadi Pendokong Utama Kepada Setiap Iltizam Y.A.B. Menteri Besar Demi Meningkatkan Syiar Islam, Memajukan Negeri Dan Mempertahankan Kedaulatan Sultan
Mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti harian YAB Menteri Besar termasuk:-
i) Lawatan
ii) Perasmian Program
iii) Mesyuarat Peringkat Negeri
iv) Mesyuarat Peringkat Persekutuan
v) Perjumpaan Dengan Rakyat
Merekod surat-surat yang diterima dan menjawab surat-surat setelah YAB Menteri Besar membuat keputusan.
Mengatur temujanji pemimpin dan orang ramai dengan YAB. Menteri Besar.
Melayani pelanggan-pelanggan yang datang berurusan dengan YAB. Menteri Besar termasuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
SEDANG DIKEMASKINI
SEDANG DIKEMASKINI
SEDANG DIKEMASKINI
SEDANG DIKEMASKINI