SULTAN KEDAH BERANGKAT HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H

ALOR SETAR (06 JULAI 2024) – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024M/1446H di Masjid Zahir di sini, hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1445H, Solat Maghrib berjemaah dan bacaan doa awal tahun 1446H diikuti bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad dan diakhiri Solat Isyak yang dihadiri kira-kira lebih 1,000 jemaah seluruh negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur.

Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Dato’ Dr. Abd Ghani @ Zulkifli Zainudin.

Sumber : Warta Kedah