RAJA MUDA KEDAH SEMPURNAKAN SIDANG KEDUA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 UNISHAMS

raja_muda_unishams
FOTO WARTA KEDAH

 

KUALA KETIL (15 OKTOBER 2023): Raja Muda Kedah merangkap Pro Canselor 1 UniSHAMS, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin mencemar duli menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25 Sidang Kedua di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS di sini, hari ini.

Sempena Istiadat Sidang Kedua kali ini seramai 312 graduan telah menerima Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Pentadbiran Perniagaan dan Pentadbiran Perniagaan masing-masing Dengan Kepujian serta Penganugerahan Jaizah Imtiyaz Kulliyyah Naib Canselor Program pelbagai bidang Dengan Kepujian daripada Raja Muda Kedah.

Berangkat hadir sama Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Hadir sama Pro Canselor II UniSHAMS, Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi dan Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dato’ Asmadi Mohammed Naim.

 

Sumber : Facebook – Warta Kedah